(Laman web ini bertujuan untuk mengumpulkan dan menyalurkan informasi kritikal yang berkaitan Covid-19. Informasi kritikal tersebut telah dipermudahkan supaya senang difahami dan diperolehi oleh penduduk kampung luar bandar tanpa kesusahan walaupun talian internet amat perlahan)
Amalan Penting Setelah Keluar dari Kampung dan Selepas balik ke kampung
Klik
gambar untuk memuat turun informasi tentang Covid-19 (versi BM & Bahasa Asli):
SOP PKP Pemulihan (Kebiasaan Baharu) : 6 Ogos 2020
Semasa berada di Tempat Awam
- Melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter antara individu mengikut keluasan sesuatu kawasan/ premis/ bangunan.
- Tidak bersentuhan dengan orang lain seperti bersalaman.
- Elakkan berada di tempat orang ramai dan sesak.
- Sebarang bentuk perhimpunan awam perlu dikawal dengan mengelakkan 3S (Sesak, Sempit dan Sembang dengan jarak yang dekat)
- Diwajibkan memakai pelitup muka apabila bergejala seperti batuk, selesema atau sakit tekak.
- Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yang sesak.
- Kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun / air atau cecair pembasmi kuman.
- Sekiranya demam atau mengalami batuk, sakit tekak, selesema atau sesak nafas, dapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran.
- Kanak-kanak dan warga emas tidak digalakkan berada di tempat dan kemudahan awam kecuali atas keperluan penting sahaja.
- Mengamalkan 3W (Wash(cuci), Warn(Amaran) & Wear(Pakai)).
- Mana-mana individu digalakkan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera bagi tujuan mendapatkan maklumat kesihatan berkaitan COVID-19
dan membantu kerajaan dalam membendung penularan COVID-19.
- Mencatatkan nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis jika tidak menggunakan aplikasi MySejahtera.
Semasa Berada Di Sekolah
- Memastikan penjarakan sosial 1 meter dalam semua aktiviti semasa sesi persekolahan.
- Murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah sentiasa memakai pelitup muka.
Semasa Menggunakan Pengangkutan Awam
- Perlu menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas, rel, teksi dan pesawat
- WAJIB memakai pelitup muka sepanjang masa di dalam kenderaan
- Mengurangkan interaksi dan bercakap sepanjang masa di dalam kenderaan
- Memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dipraktikkan semasa di kaunter tiket.
- Mengguna pakai aplikasi QR Code bagi mendaftar dan mengesan pelanggan setiap kali naik bas menggunakan aplikasi MySejahtera
- Semua penumpang diwajibkan memuat turut aplikasi MySejahtera
- Menggalakkan pembelian tiket secara online dan pengunaan kad transaksi bukan tunai seperti pas bulanan dan Touch n Go.
- Penumpang, pekerja dan peniaga diwajibkan memakai topeng muka pada setiap masa berada di ruang terminal atau Kawasan umum lapangan terbang
- Hanya penumpang yang tidak bergejala sahaja dibenarkan menggunakan perkhidmatan awam.
Video Penting tentang Covid-19
Klik sini bawah untuk memuat turun video tentang Covid-19 (versi BM ) :
Laman Web yang berkaitan
- Info Covid-19 daripada Majlis Keselamatan Negara (MKM)
- Info Covid-19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Info tentang Telecenter Program Untuk Orang Asli(TPOA)